Hukum Peguam Membela Pihak Yang Salah
Para peguam perlu diingatkan, sesungguhnya pembelaan perkara yang batil itu memenangkan pihak yang diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang. Kezaliman itu akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim. Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.
Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain.